4
KHIDMAT NASIHAT BAHASA
Tentang Khidmat Nasihat Bahasa

PENGENALAN
Ruang ini merupakan ruang untuk mengemukakan apa jua persoalan yang berkaitan dengan Bahasa Melayu. Khidmat Nasihat Bahasa ialah khidmat yang disediakan oleh DBP untuk menyelesaikan masalah bahasa yang dihadapi oleh para pengguna bahasa. Apabila Biro Pengaduan dan Khidmat Bahasa ditubuhkan, Khidmat Nasihat Bahasa diletakkan di bawah naungan Biro yang bertempat di Bahagian Pengembangan Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa akan menerima semua bentuk pertanyaan tentang penggunaan bahasa kebangsaan pada papan tanda, iklan, nama tempat dan sebagainya. Antara khidmat yang disediakan untuk pelanggan ialah : Penggunaan ejaan Rumi dan Jawi yang betul; Penggunaan kata dan istilah yang betul dari segi tatabahasa (termasuk padanan bagi kata dan istilah dalam bahasa Inggeris); dan Penggunaan laras dan gaya bahasa yang betul. Penamaan syarikat, perniagaan, firma, pertubuhan barangan dan lain-lain. Pengesahan bahasa pada visual iklan. Penyemakan bahasa (khidmat ini hanya untuk menyemak kata, istilah, rangkai kata atau ayat yang sudah ada dalam bentuk teks secara keseluruhan). Penyemakan teks terjemahan dalam dokumen umum.(Percuma bagi teks yang tidak melebihi dua halaman saiz A4 langkau 2 baris. Sekiranya melebihi spesifikasi yang telah ditetapkan, maka bayaran kepakaran akan dikenakan.) Jika masalah bahasa yang dikemukakan itu dalam bentuk teks yang banyak atau memerlukan penyemakan semula terjemahan, maka bayaran kepakaran akan dikenakan. Terjemahan selain istilah juga akan dikenakan bayaran (bergantung pada bentuk teks).
Catatan: Tempoh yang diambil untuk mendapatkan jawapan seperti yang berikut:
  • Bagi visual iklan, tidak melebihi satu hari kerja.
  • Bagi penyemakan teks terjemahan dan penterjemahan tidak melebihi dua hari kerja untuk satu halaman

  • Cara Penggunaannya:
    1. Sila klik pada Skrin Pertanyaan. Masukkan sebarang kata laluan dan tidak melebihi daripada 10 aksara. Sistem akan mendaftar terus secara langsung dan pengguna boleh menggunakan kata laluan yang sama setiap kali untuk masuk ke dalam modul Khidmat Nasihat Bahasa.
    2. Penuhkan maklumat dalam ruang biodata. Sekiranya biodata tidak dipenuhi, sistem akan menolak pertanyaan saudara.
    3. Kemukakan soalan di ruang soalan yang disediakan.
    4. Setelah perkara 1 dan 2 dipenuhi sila pilih butang 'Hantar' dan tunggu jawapan dalam tempoh satu jam.
    5. Sekiranya saudara ingin merujuk kepada dokumen yang tersenarai dalam dokumen rujukan sila pilih salah satu dokumen yang berkaitan.
    6. Pegawai Khidmat Nasihat Bahasa tidak akan menjawab soalan berbentuk pertandingan.
    7. Kelas terbahagi kepada 4 jenis, iaitu laman, telefon, faks dan e-mel atau surat.
    8. Fail-fail yang boleh dilampirkan adalah dalam jenis '.txt' dan '.doc' sahaja.
    9. Jika soalan anda di dalam bentuk lampiran, jawapan akan dihantar melalui e-mel.

    Piagam
    Jawapan akan diperoleh ketika itu juga atau mengambil masa sedikit pada hari yang sama
    atau mengambil masa sehari dua atau lebih bergantung pada jenis atau jumlah pertanyaan yang dikemukakan dan keterdapatan maklumat jawapan yang ada dalam sistem rujukan DBP.